B) PERSEDIAAN KETIKA MAJLIS BERLANGSUNG
Pengacara majlis juga perlu mengambil perhatian tentang 3P, iaitu:
- Persiapan diri
- Pengendalian majlis
- Penyampaian
PERSIAPAN DIRI
Kehadiran awal. Ya, apabila hari
kejadian tiba, hadirlah lebih awal. Saidah Shahid (2013) juga ada menyatakan
bahawa pengacara majlis perlu hadir sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal
untuk memastikan persiapan majlis telah diatur sebaiknya.
Salah satu etika yang perlu dipatuhi oleh seorang pengacara majlis ialah menepati masa. Hadir satu jam awal sebelum majlis adalah lebih baik (Sophian, 2019). Biar pengacara menanti audiens, jangan biarkan audiens menanti pengacara! Pastikan diri anda benar-benar bersedia.

Kehadiran awal dapat memberi ruang kepada pengacara
majlis untuk memeriksa tempat mengacara terlebih dahulu dan menguji
keberkesanan mikrofon agar berfungsi dengan baik. Kehadiran awal juga
sebenarnya membantu pengacara majlis untuk tampil lebih yakin. Tanpa keyakinan diri,
seseorang individu tidak akan dapat berdepan dengan penonton sebagai pengacara
majlis.
Keyakinan diri yang teguh ialah
asas yang perlu dimiliki oleh semua pengacara majlis. Anda
mesti menepis rasa gemuruh, gugup, gementar, berdebar, takut
dan segala perasaan negatif yang wujud dalam diri anda pada masa anda
diperlukan untuk mengendalikan sesebuah majlis. Bersedia ialah kunci segala-galanya
yang akan membantu anda berada pada tahap meyakinkan.
Namun, penulis berminat untuk
menyarankan para pembaca agar mengamalkan tiga rahsia keyakinan diri yang
dikongsi oleh Osman Affan (2013). Rahsia pertama beliau ialah apabila anda rasa
tidak yakin dengan diri anda, ketahuilah bahawa orang lain tidak tahu yang anda
tidak yakin. Jadi, jika anda berlagak bersahaja, orang pasti nampak yang anda ialah
orang yang berkeyakinan dan bersemangat tinggi.
Kedua, ketahuilah bahawa keyakinan diri
itu sebenarnya boleh dilatih dan dipupuk kerana keyakinan diri sama seperti
kemahiran lain yang boleh anda kuasai.
Rahsia yang ketiga ialah suka dan cintailah diri anda sendiri. Bagaimana? Suka dan cintailah dengan cara memandang kekuatan dan menghargai kehebatan diri anda sendiri. Seandainya keyakinan diri ini sudah meresap ke dalam diri anda, maka anda tidak akan panik untuk menghadapi apa-apa jua situasi mendatang sepanjang anda menjadi pengacara majlis.

No comments:
Post a Comment