PANDUAN ASAS PENGACARA MAJLIS
Majlis yang berjalan dengan kemas dan lancar pastinya akan dapat
menaikkan imej dan martabat sesebuah organisasi atau penganjurnya di mata
masyarakat, negara dan dunia. Namun, setelah meneliti definisi pengacara majlis, tahulah anda bahawa bukan mudah untuk seorang pengacara majlis
menggalas tugas tersebut.
Berdiri
di hadapan khalayak ramai sahaja sudah menjadi satu cabaran buat mereka
lebih-lebih lagi bagi individu yang belum pernah mengalaminya. Jika dimaklumkan
lebih awal, sudah tentu persiapan yang rapi dapat dilakukan. Namun, andai
dilantik sebagai bidan terjun sudah pastinya memberikan tekanan yang lebih tinggi
pada diri anda. Anda tidak perlu takut!
Di sini penulis akan kongsikan beberapa panduan asas yang boleh anda lakukan sekiranya anda ditugaskan menjadi seorang
pengacara majlis. Oleh itu, dalam bab ini, penulis membahagikan panduan asas tersebut kepada dua aspek utama, iaitu persediaan sebelum majlis bermula dan persediaan ketika majlis berlangsung.
A) PERSEDIAAN SEBELUM MAJLIS BERMULA
Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh pengacara majlis sebelum sesuatu acara itu dimulakan. Penulis meringkaskan perkara ini kepada 4P, iaitu:
- Pengetahuan tentang majlis
- Penyediaan teks pengacaraan
- Protokol dan salutasi
- Pelaksanaan raptai
(Bina map)
No comments:
Post a Comment