PENGACARA MAJLIS
Sebelum penulis membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan panduan-panduan yang boleh diikuti oleh seorang pengacara majlis dalam Bab 1 ini, mari ketahui dahulu siapakah pengacara majlis?
Nurul Aiman et al (2009) memperihalkan pengacara majlis sebagai nadi sesebuah
majlis yang berperanan mengawal majlis, membuat pengumuman dan memberi panduan
kepada para tetamu.
Nooraifa et al (2008) pula mendefinisikan pengacara majlis ialah seseorang yang membuat pengumuman mengenai atur cara sesuatu majlis formal atau tidak formal sebagai satu panduan kepada hadirin tentang apa-apa yang akan berlaku mengikut urutan acara majlis.

Manakala, Aiman Fadhil (2010) dan Sophian (2019) mentakrifkan pengacara majlis sebagai seseorang yang dilantik secara rasmi
untuk dipertanggungjawabkan dalam pengendalian sesebuah majlis mengikut atur cara
yang telah ditetapkan dan merujuk skrip yang telah diluluskan serta berpandukan
arahan pegawai protokol atau pengurus majlis (floor manager).
Penulis melihat bahawa pengacara majlis merupakan individu yang paling penting dalam sesebuah majlis. Tanpa pengacara majlis, sesuatu majlis itu tidak boleh berlangsung. Beliau ialah orang yang akan memimpin sesuatu acara dalam sesebuah majlis dan beliau jugalah yang akan memberitahu tetamu tentang acara yang bakal berlangsung dalam majlis tersebut.

Amanah menjadi seorang pengacara majlis, diibaratkan seperti anda diberi stereng untuk memandu sebuah bas yang dipenuhi oleh pelancong. Mengapakah saya mengatakan sedemikian?
Hal ini kerana pengacara majlis berfungsi sebagai ketua untuk memastikan perjalanan program berlangsung dengan lancar dan tersusun. Perkara ini memperlihatkan bahawa sebenarnya pengacara majlis memainkan peranan yang besar dalam menentukan kejayaan ataupun kegagalan sesebuah majlis.
Majlis akan menjadi hambar dan kurang mendapat tumpuan ramai sekiranya apa-apa yang ingin disampaikan oleh pengacara majlis tidak efektif dan tidak memberi kesan. Pengacara majlis jugalah yang akan menentukan majlis tersebut mendatar, menarik atau membosankan.
Bahkan, apabila berlaku sesuatu perkara di luar jangkaan ketika mengendalikan majlis, pengacara majlis akan berperanan sebagai back up untuk melindungi kekurangan majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment