Thursday, June 11, 2020


BAB 6

BIODATA PENULIS

Absha Atiah binti Abu Bakar dilahirkan pada 15 Mei 1988 di Felda Kampung Awah, Temerloh, Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam ABIM, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, pendidikan menengah di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan (Tingkatan 1 hingga 3) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, Temerloh (Tingkatan 4 hingga 5). 

Pada tahun 2006, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Islam/Bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Mula bertugas sebagai pendidik di SK Taman Putra Perdana 2, Puchong, Selangor (2012), SK Malim, Bertam Malim, Melaka (2015) dan SK Kerubong, Kampung Kerubong, Melaka (2018). 

Penerima biasiswa tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) melalui Program Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa peringkat sarjana 2016/2018 ini dianugerahkan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam) pada tahun 2019.   

Mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan pada tahun 2014 dan seterusnya terlibat sebagai Pengkarya Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2016 dan 2019 bawah pimpinan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). 

Sebagai penulis baharu, beliau telah menghasilkan beberapa naskhah buku solo secara swaterbit bawah Absha Jaya Trading dan terlibat secara aktif dalam penghasilan karya untuk buku antologi terbitan penerbit tempatan. Selain terlibat dalam penulisan karya kreatif, beliau giat menulis makalah ilmiah yang diterbitkan dalam prosiding dan jurnal serta dibentangkan di dalam juga luar negara.

Beliau boleh dihubungi melalui laman sosial Facebook ataupun Blog di pautan https://www.facebook.com/eyb.tiya atau https://abshaatiahabubakar.blogspot.com/  

No comments:

Post a Comment